Friday, April 9, 2010

Desa Murni Lancar Sutera Terkini Durra Batik Eksklusif, Alvise Italian Design, Iman Ekslusif, D'Lukis dan Durante Italian Design

KUALA TERENGGANU 1 Mac - Syarikat pengeluar batik bumiputera melancarkan lima produk baru batik sutera digital dalam usaha memenuhi cita rasa pelanggan yang kian meningkat termasuk dari luar negara.Lima produk baru yang diperkenalkan adalah D' Lukis, merupakan gabungan teknologi mesin dan tangan yang termahal dihasilkan dengan menggunakan kain tenun.Produk baru lain adalah 'Durante Italian Design' 'Iman Ekslusif,' 'Durra Batik Eksklusif' dan 'Alvise Italian Design' yang mempunyai reka corak tersendiri yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan.''Kesemua produk baru yang di perkenalkan itu dijual dengan harga antara RM250 hingga RM2,000 sepasang bergantung kepada jenis sutera yang digunakan.''Melalui pelancaran produk baru ini yang sebelum ini hanya mengeluarkan dua produk batik sutera digital iaitu Sutera 1Malaysia dan Sutera Ekslusif Terengganu mampu memenuhi permintaan pelanggan di luar negara,''Selain itu, batik sutera digital keluaran ini menerima tempahan dari gedung-gedung batik besar dari seluruh negara yang mengakui produk tersebut amat berkualiti di samping corak yang eksklusif.''Pada masa ini, kilang hanya mampu mengeluarkan kira-kira 200 pasang sehari,"**Petikan Akhbar Utama 1 March 2010

No comments:

Post a Comment